Judith Collins
Judith Collins

Judith Collins

Judith Anne Collins (lahir 24 Februari 1959) ialah seorang ahli politik New Zealand berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang Parlimen New Zealand selaku ketua Parti Nasional New Zealand sejak 2020; beliau ketua kedua dalam kalangan wanita memimpin parti tersebut selepas Jenny Shipley. Beliau merupakan wakil rakyat untuk kawasan Clevedon dari 2002 hingga 2008 dan Papakura sejak 2008[1] di bawah pemerintahan kabinet-kabinet John Key dan Bill English.